
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya Zainal Fikri Abd Kadir, Penyelaras DUN Pertang mengucapkan salam Maal Hijrah 1443 kepada semua penduduk di DUN Pertang dan juga kepada anda dimana jua berada.
Hayatilah erti sebenar hijrah, fahamilah maksud hijrah bukan kita hanya sekadar memahami sejarah perpindahan Rasullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Kita perlu memahami erti hijrah secara menyeluruh dan tidak hanya kekal dengan tafsiran yang terhad mengenai hijrah.
Hijrah bukan sahaja merujuk kepada perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain malah merujuk kepada semua faktor berkaitan pada diri sendiri, keluarga , bangsa dan negara.
Ia seperti apabila kita berjaya keluar dari keadaan yang gelap kepada keadaan yang terang.
Menang melawan Covid-19 ketika ini juga merupakan satu hijrah bagi kita semua seterusnya dapat menikmati kehidupan secara normal seperti biasa.
Sekian terima kasih.
Tema Maal Hijrah 1443 : Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti