
Baru dua minggu berjinak – jinak menjual waffle, Ayu Kartini Azman gembira makanan itu mendapat sambutan daripada penduduk sekitar Simpang Pertang dan kawasan berhampiran.
Menyewa sebuah kedai, Ayu Kartini sebelum itu menjual ice blended atau ais kisar dan jagung kukus sejak setahun lalu, hanya belajar membuat waffle diinternet sahaja.
Dia memberanikan diri menjual waffle bagi menambah bilangan menu sedia ada selain waffle akan mendapat permintaan berikut di kawasan berkenaan belum ada penjaja yang menjual makanan itu.
Sebanyak dua kilogram tepung digunakan setiap hari dimana ia dapat menghasilkan sebanyak 37 keping Waffle manakala lima perisa iaitu kaya, coklat, strawberry, blueberry dan kacang disediakan bagi pilihan pelanggan.
Hari ini sebanyak 85 pek waffle dijual Ayu dibeli Pejabat Penyelaras DUN Pertang sebelum ia diedarkan kepada orang ramai di sekitar pekan Simpang Pertang.
Pek waffle diedarkan sendiri oleh Penyelaras DUN Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir bersama sukarelawan.
Ayu Kartini turut mengucapkan terima kasih kerana terpilih menyertai program berkenaan yang memberi manfaat kepada penjaja kecil sepertinya.