
Siti Nariza Hasion dari Kampung Kerangai, sudah lima tahun menjual nasi bajet ayam masak merah serta pelbagai jenis makanan dari rumahnya.
Dia menjadi penjaja ke 20 yang terpilih menyertai program jom bantu penjaja anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan Pejabat Penyelaras DUN Pertang.
Hari ini sebanyak 50 pek nasi bajet ayam masak merah dibeli daripada Siti Nariza .
Makanan itu kemudian diagihkan kepada orang ramai di sekitar pekan Pertang selain kepada petugas dan sukarelawan di PPV Dewan Perpaduan Simpang Pertang oleh Penyelaras DUN Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir bersama pihak MPKK dan sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Pertang.
Benarlah kata pepatah, rezeki yang banyak dikongsi bersama dan itulah yang menjadi amalan kerajaan negeri ketika ini yang mengadakan program jom bantu penjaja ini.
Zainal Fikri juga berharap agak penjaja yang terpilih menerima manfaat daripada program yang dianjurkan ini.
Dijangka seramai 40 penjaja sekitar DUN Pertang akan menerima manfaat dan sehingga hari ini sudah 20 penjaja menyertai program tersebut.


