
Pencinta makanan berasas sayuran ( vegetarian ) sekitar Simpang Pertang menerima pek makanan nasi vegetarian apabila Pejabat Penyelaras DUN Pertang membeli 50 pek makanan itu daripada Wong Shian Khim, penjaja makanan di Simpang Pertang.
Shian Khim merupakan penjaja ke 21 yang terpilih menyertai program jom bantu penjaja.
Makanan itu diedar dan diagihkan kepada orang ramai khususnya mereka yang makan makanan berasaskan sayur -sayuran sahaja.
Penyelaras DUN Pertang Zainal Fikri Abd Kadir bersama wakil MPKK turun padang mengagihkan nasi vegetarian kepada orang hari ini.
Pihak Pejabat Penyelaras DUn Pertang bukan sahaja membeli makanan dijual penjaja tetapi turut membantu mempromosi makanan yang dijual dipage ( halaman) Facebook Zainal Fikri DUN Pertang dan juga laman web http://auraa,fm


