
Wan Mariana Yang Ali , penjaja ke 25 yang terpilih mengikuti program jom bantu penjaja.
Berniaga secara dalam talian dari rumahnya di Felda Pasoh 1 , Wan Mariana menjual hidangan kegemaran masyarakat Negeri Sembilan iaitu ayam masak lemak cili api.
Kebiasaan pelanggan Wan Mariana terdiri daripada penduduk di sekitar tanah rancangan di situ dan berhampiran namun kali ini lauk dijualnya itu menjadi pilihan sebelum dibeli Pejabat Penyelaras DUN Pertang menerusi program jom bantu penjaja.
Wan Mariana yang gigih membantu suami mencari pendapatan bagi keluarganya gembira kerana terpilih menyertai program anjuran kerajaan negeri dan Pejabat Penyelaras DUN Pertang.
Sebanyak 50 pek nasi bajet berlauk ayam masak lemak cili api dibeli daripada Wan Mariana sebelum diagihkan kepada orang ramai sekitar perkampungan itu.
