
19 Ogos 2021
Khamis.
Selesai sudah program mobil vaksinasi membabitkan pemberian dos kedua di dua lokasi iaitu di Dewan Perpaduan Simpang Pertang dan Dewan Semai Bakti Felda Pasoh 1,kedua -duanya di DUN Pertang.
Seperti mana pemberian dos pertama, seramai 400 penerima sudah melengkapkan dua dos wajib seperti ditetapkan menerusi program bermula 16 Ogos sehingga hari ini 19 Ogos.
Tahniah kepada penerima.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua petugas Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Pertang kerana bertungkus Lumus memastikan program berjalan dengan lancar.
Kepada penerima, diingatkan anda bukan kebal sepenuhnya walaupun lengkap dua dos. Pastikan patuh pada semua SOP ditetapkan setiap masa dan perlu juga diingat vaksin anda mula efektif selepas 14 hari.
Ingat..sudah divaksin kita tetap boleh dijangkiti virus, justeru langkah pencegahan lebih mustahak untuk diamalkan.
Terima kasih semua..!!
