
Sebanyak 35 kotak makanan diagihkan kepada 35 ahli ranting Parti Keadilan Rakyat, Dewan Undangan Negeri Sungai Lui.
Kotak makanan berupa barang keperluan asas itu disumbangkan YB Senator Dr Ahmad Azam Hamzah yang juga Ahli Dewan Negara.
Sumbangan itu disampaikan oleh Penyelaras DUN Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir.
Bagi penerima, sumbangan berkenaan sangat membantu berikutan situasi semasa negara ketika ini.
Zainal Fikri berkata sebagai sebuah parti yang mengambil berat kebajikan ahli, parti dengan sedaya upaya akan membantu ahlinya terutama yang sedang berdepan kesukaran ketika pandemik Covid-19 ini.
Pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dr Ahmad Azam Hamzah atas sumbangan yang diberikan.




