
Oleh S Musliadi Sabtu
Penyelaras DUN Jeram Padang
Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang dengan kerjasama barisan pengerusi MPKK DUN Jeram Padang telah mengedarkan kit sejahtera dan sekampit beras kepada 1,000 buah rumah yang ada di DUN Jeram Padang.
Antara kampung yang terlibat bagi fasa pertama adalah Felcra Rompin, Kampung Pekan Jelai, Kampung Baru Rompin, Felda Bukit Rokan Barat dan Kampung Taman Jaya
Antara barangan yang terdapat didalam kit Sejahtera adalah Face mask, Face Shield dan Hand Senitizer.
Program akan dijalankan sebanyak dua fasa dimana fasa kedua akan melibatkan kampung dan 12 ladang yang terdapat didalam DUN Jeram Padang.
Pengagihan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dan ia merupakan cara dilaksanakan pejabat ini bagi meraikan hari bersejarah negara.
Selain itu kit sejahtera merupakan keperluan penting yang perlu ada bagi setiap penduduk bagi memastikan SOP dipatuhi pada setiap masa.
Selamat Hari Kebangsaan.
