
Penduduk Kampung Batang Rokan kecewa apabila Sungai Air Salak berhampiran kampung mereka mengalami pencemaran yang teruk dipercayai berpunca daripada ladang ternakan ayam berhampiran.
Penduduk yang sudah bosan dengan pelbagai masalah sebelum ini mahu tindakan tegas diambil keatas pengusaha ladang ternakan ayam yang menyebabkan sungai tercemar.
Siapa boleh tahan, jika terpaksa menghidu bau busuk yang keterlaluan terutama bagi penduduk yang tinggal berhampiran sungai.
Sudahlah air sungai menjadi hitam, ditambah pula berbau busuk ia sesungguhnya sangat meloyakan sesiapa yang melihatnya,
Sungai itu pula turut digunakan penduduk bagi aktiviti pertanian yang dijalankan dan berikutan kejadian pencemaran yang dikesan sejak empat hari lalu, ia turut dipercayai mengganggu urusan penduduk berkenaan.
Penduduk juga mendakwa sebelum ini mereka berdepan dengan masalah lalat dan ia baru sahaja berjaya diselesaikan namun terpaksa berdepan dengan masalah lain pula.
Namun percayalah, pencemaran sungai akibat aktiviti pembuangan sisa kumbahan akan terus berlaku sekiranya tiada tindakan tegas diambil keatas si pelaku.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar,Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata siasatan kejadian sedang dijalankan pihak Jabatan Alam Sekitar .
Cintailah sungai kita

