Skip to content
May 27, 2022
  • DUN Pertang
  • Penyiar AURAA
  • Maklumat Perhubungan
Auraa FM

Auraa FM

Pasti Kita Punya

Primary Menu
  • DUN Pertang
  • Penyiar AURAA
  • Maklumat Perhubungan
  • Home
  • 2021
  • August
  • 29
  • Diarah bersih dan tambah baik sistem kumbahan.
  • Setempat

Diarah bersih dan tambah baik sistem kumbahan.

auraafm August 29, 2021 1 min read

Keadaan Sungai Air Salak di Kampung Batang Rokan yang bertukar hitam dan berbau busuk

Pemilik ladang ternakan ayam di Kampung Batang Rokan diarah untuk membersih dan menambah baik sistem kumbahan ladang berkenaan.

Malah pemilik juga bakal berdepan kompaun mengikut Seksyen 29 Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas (EKPPUABPU) 1996.

Perkara itu disahkan Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir yang mengadakan tinjauan di ladang ternak ayam itu, hari ini.

“Badan Kawal Selia Air (BKSA ) Negeri Sembilan turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 7A Larangan Pencemaran Sungai, Akta Air 1920,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Negeri Sembilan, S Veerapan; Pengarah Veterinar Negeri Sembilan, Dr Redzuan Ibrahim; Pengarah BKSA Normayasuria Abd Malekdan Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A Tambi.

Tinjauan mendapati pencemaran dipercayai berlaku apabila ayam yang mahu dijual dibersihkan sebelum sisa seperti najis mengalir ke parit seterusnya masuk ke sungai.

Penduduk kampung sebelum itu mendakwa, Sungai Air Salak berhampiran kampung mereka bertukar menjadi warna hitam selain berbau busuk akibat pencemaran.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir melihat keadaan air yang dilepaskan dari sebuah ladang ternakan ayam.

Continue Reading

Previous: Hari Kebangsaan: 1,000 rumah terima sekampit beras dan kit sejahtera.

Related Stories

Hari Kebangsaan: 1,000 rumah terima sekampit beras dan kit sejahtera.
1 min read
  • Setempat

Hari Kebangsaan: 1,000 rumah terima sekampit beras dan kit sejahtera.

August 28, 2021
Sungai Air Salak, Gemencheh tercemar.
1 min read
  • Setempat

Sungai Air Salak, Gemencheh tercemar.

August 28, 2021
No comments to show.


Lagu Sekarang
Memuat Turun ...




You may have missed

Boleh buat muruku ye!
1 min read
  • Aktiviti

Boleh buat muruku ye!

October 25, 2021
Tak sabar tunggu anak, cucu pulang.
1 min read
  • Aktiviti

Tak sabar tunggu anak, cucu pulang.

October 25, 2021
Bukit Batu Beras semakin dikenali.
1 min read
  • Aktiviti

Bukit Batu Beras semakin dikenali.

October 25, 2021
Kami beroperasi seperti biasa
1 min read
  • Info

Kami beroperasi seperti biasa

October 8, 2021

  • DUN Pertang
  • Penyiar AURAA
  • Maklumat Perhubungan
  • DUN Pertang
  • Penyiar AURAA
  • Maklumat Perhubungan
Copyright © All rights reserved. | MoreNews by AF themes.