
Penyelaras DUN Pertang Zainal Fikri Abd Kadir ( kanan ) bersama peniaga roti, Mohd Kamal Idrus
Biarpun hanya dijual sekitar kampung, perniagaan roti diusahakan Mohd Kamal Idrus sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.
Menurutnya yang sudah dua tahun mengusahakan perniagaan itu secara kecil – kecilan dari rumahnya di Kampung Petaseh Hilir, roti yang dijual belum mempunyai jenama khusus.
Ada lima jenis perisa roti yang dijual Mohd Kamal iaitu roti kacang,kelapa,serunding,sosej dan keju dengan tempoh luput roti adalah lima hari.
Pejabat Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pertang hari ini membeli 300 bungkus roti diusahakan Mohd Kamal menerusi program jom bantu penjaja.
Roti berkenaan diagihkan kepada orang ramai di sekitar Pertang oleh Penyelaras DUN Pertang Zainal Fikri Abd Kadir bersama sukarelawan pusat khidmat dan pihak MPKK.
