
Saya, Zainal Fikri Abd Kadir,Penyelaras DUN Pertang mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 64.
Semoga kita akan sentiasa didalam rahmatnya dan akan terus dilindungi pada masa akan datang.
Kemenangan menentang pandemik Covid-19 ini juga merupakan satu kemenangan kepada kita dan berdoalah kita tanpa mengira apa jua anutan agama anda, agar pandemik ini segera berakhir
Bukan mudah untuk kita hidup dalam norma baharu ini namun ia perlu dilakukan kerana itulah sahaja cara yang kita ada untuk hidup bersama ‘penjajah’ ini.
Kekal patuh mengikut SOP yang ditetapkan selain mendapatkan vaksin antara tatacara kehidupan kita pada hari ini biarpun ada dikalangan kita tidak menyukainya.
Kelonggaran diberi berikutan negeri ini sudah memasuki fasa ke-2 pelan pemulihan bukan lesen besar untuk kita melanggar semua SOP dengan sesuka hati.
Semoga pada tahun akan datang, sambutan Hari Kebangsaan ini, kita sambut dengan lebih meriah seperti tahun – tahun sebelum Covid-19 ‘menceroboh’ negara kita yang tercinta.
Akhir kalam, marilah kita berdoa agar negara kita yang tercinta ini akan sentiasa mendapat limpah kurnianya dan berada dalam rahmatnya.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Terima Kasih.