
Penyelaras DUN Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir turun padang menyerahkan bantuan makanan kepada ahli ranting Parti Keadilan Rakyat.
Seramai 57 ahli dari Kampung Bemban, Kampung Kerangai, Felda Pasoh 3, Felda Lui Timur dan Kampung Orang Asli Sungai Sampo menerima bantuan makanan berkenaan.
Makanan asas antaranya beras, gula, tepung dan minyak masak diagihkan kepada ahli PKR terbabit.
Bantuan makanan itu disumbangkan oleh Senator Dr Ahmad Azam Hamzah yang juga Ahli Dewan Negara.
Pada 24 Ogos lalu, seramai 35 ahli ranting PKR kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Lui turut menerima bantuan makanan juga disumbangkan Dr Ahmad Azam.
Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada penerima.




