
Penyelaras DUn Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir menyerahkan sumbangan bagi membuat kuih tradisi sempena perayaan Deepavali kepada penduduk.
Penyelaras DUN Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir menyerahkan barang keperluan membuat muruku,athirasam dan manisan kepada 100 keluarga bakl menyambut Deepavali,
Setiap keluarga mendapat beras, tujuh jenis tepung dan minyak masak. Agihan ini diberi kepada keluarga kaum India tanpa mengira miskin atau kaya.
Bagi memastikan keluarga berkenaan menerima sumbangan barang keperluan, pasukan sukarelawan Pusat Khidmat y berganding bahu dengan Ahli Majlis Simpang Pertang beserta pasukan sukarelawan beliau bersama beberapa Pengerusi MPKK seluruh DUN Pertang.
Penyampaian sumbangan disampaikan di sekitar Simpang Pertang.
Zainal Fikri berharap sumbangan yang diberikan membolehkan keluarga berkenaan membuat persiapan menjelang Deepavali,
Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.
Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil.
Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan.
Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.

