
Rafizi Ramli
Kedengaran di sana sini apabila banyak pihak membayangkan Pilihan Raya Umum ke 15 ( PRU -15 ) akan diadakan dalam tahun ini juga.
Timbalan Presiden PKR yang baharu , Rafizi Ramli turut memberi andaian PRU akan diadakan sebelum pembentangan bajet 2023 yang kebiasaan diadakan pada setiap Oktober sekaligus tidak menolak kemungkinan PRU akan diadakan.
Secara logiknya ada kebenaran memandangkan ketika ini ‘kerusi’ di Parlimen tidak begitu kukuh bagi mana – mana parti menguasai kerajaan sekaligus akan mengundang pelbagai implikasi sokongan sekiranya bajet itu dibentangkan juga.
Namun bersediakah kita daripada Pakatan Harapan ( PH ) untuk berdepan pilihanraya paling mencaba, r ketika pelbagai kemelut sedang melanda negara disusuli pula kelesuan rakyat yang canggung dengan situasi politik negara ketika ini.
Difahamkan, PKR akan mula mengerakkan jentera kempennya bermula 1 Julai ini dengan mengaturkan pelbagai program disemua peringkat sebagai persiapan menghadapi PRU.
Rafizi dalam satu kenyataan berkata kempen itu akan dilaksanakan secara tersusun setiap minggu mengikut jadual yang sudah ditetapkan dengan tumpuan utama membabitkan pengundi dari tiga kumpulan.
Kumpulan itu, katanya, adalah pengundi tegar PKR dan Pakatan Harapan (PH) di kerusi utama yang perlu dipertahankan; kedua, pengundi atas pagar yang mengundi di kerusi utama yang perlu dipertahankan dan yang ketiga pengundi kali pertama (dalam kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi selama ini) di kerusi utama yang perlu dipertahankan.
Beliau berpendapat PKR dan PH boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas PRU-15 jika jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini mengundi PKR dan PH dapat ditingkatkan untuk mencecah 70 peratus jumlah keluar mengundi.
PKR juga sudah bersedia apabila akan melatih 30,000 sukarelawan Ayuh Malaysia dari seluruh negara pada 2 Julai di Kuala Lumpur yang seterusnya akan digerakkan untuk berkempen bagi PKR dan PH.
Latihan itu akan memberi tumpuan tugasan dan latihan kepada sukarelawan dalam bidang khusus seperti Ejen Tempat Mengundi (PACA), kempen rumah ke rumah, kempen menelefon pengundi dan kempen media sosial.
Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan pula boleh mendaftar melalui laman web www.ayuhmalaysia.org
Kita berharap persiapan ini akan membolehkan gerak kerja yang meliputi pelbagai peringkat akan berjalan dengan lancar .
Apa yang kita mahukan adalah kemenangan mutlak PH menguasai 2/3 majoriti kerusi Parlimen sekaligus dapat membentuk kerajaan yang kuat dan stabil tanpa memerlukan bantuan talian hayat daripada mana – mana parti politik.
Ayuh Malaysia…
Pendapat yang disiarkan adalah pendapat peribadi admin dan tidak mewakili sesiapa jua didalam PH. Sekiranya mempunyai cadangan atau idea dan mahu turut serta , boleh emailkan ke admin@auraa.fm