
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun disifatkan sebagai seorang yang rendah diri dan mudah didekati.
Puan Azah Aziz, 36, dari Seremban berkata, tidak sukar untuk beliau dan empat orang anaknya bertegur sapa dengan Aminuddin walaupun dalam kesibukan di majlis rasmi.
“Saya dan anak-anak saya sempat bergambar dengan Menteri Besar (Aminuddin).
“Beliau seorang yang humble (rendah diri) dan sangat mesra ketika kami mahu bergambar dengan beliau tadi,” ujar Azah.
Azah berkata demikian ketika diwawancara oleh Negeri Kita di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban pada Rabu.
Bagi Puan Murugama, 41, ibu kepada empat orang anak dari Seremban yang menghadiri sambutan tersebut berkata, beliau dan anak-anaknya berasa bangga kerana dapat bertemu dan bergambar dengan Aminuddin.
“Saya dan anak-anak saya sangat gembira dapat berjumpa dan bergambar dengan Menteri Besar pada hari ini,” kata Murugama.
Sementara itu, Azah berkata anak-anaknya sangat teruja dengan perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Murugama pula berkata beliau membawa anak-anaknya ke sambutan ini bagi menyemai semangat patriotik.
Tham An Jye, 38, berkata, beliau dan isterinya membawa tiga anaknya ke sambutan Hari Kebangsaan bagi mendidik anak-anaknya merasai suasana sambutan kemerdekaan.
“Saya dan isteri mahu mendidik anak-anak kami tentang semangat patriotik.
“Sudah tentu anak-anak sangat gembira melihat perarakan pada hari ini selepas tidak dapat membawa mereka sejak dua tahun lepas kerana tempoh PKP.
sumber-negerikita