
Kampus Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) kini berwajah baharu setelah bangunan baru siap pada Mei 2022 yang lalu.
Kampus ini merupakan satu langkah kehadapan Kerajaan Negeri dalam memperkasa golongan belia terutamanya dalam bidang vokasional yang mendapat permintaan tinggi pada masa kini.
Pelbagai bidang ditawarkan di institusi ini seperti:• Automotif• Elektrik• Kulinari• Kaunter Hadapan• Pemandu Pelancong• Jahitan.
Kesemua kursus yang ditawarkan di kampus ini mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran.Menariknya, pelajar di KAYNS menerima pelbagai manfaat seperti:• Geran One-Off RM1,000 bagi pelajar baru• Elaun bulanan• Yuran pendaftaran percuma• Pinjaman penuh Yayasan Negeri Sembilan.
Pelajar yang berminat untuk menyertai KAYNS boleh mengisi maklumat melalui pautan berikut: https://forms.gle/gjh6Dnqbnhb6tYr18
Besarlah harapan saya agar golongan belia di Negeri Sembilan dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan seterusnya meningkatkan kualiti sumber manusia di negeri ini, Insya-Allah.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan