
Dua mangsa kebakaran membabitkan kediaman masing – masing sudah pasti terharu dan gembira kerana mendapat rumah baharu menerusi peruntukan kerajaan Negeri Sembilan
Rumah baharu Robiah Waris dan Mat Zin Majid dari Felda Palong Tujuh yang berharga RM50,000 dibina menerusi dana Tabung Permasalahan Rakyat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) berjumlah RM50,000.00.
Kebakaran rumah Robiah menjelang Aidilfitri lalu turut menyebabkan duit raya yang disimpan untuk 18 orang cucunya turut hangus manakala rumah Mat Zin musnah dalam kebakaran pada 27 Mei, beberapa hari selepas dia pulang dari umrah.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan jiwa.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata rumah baharu ini telah siap dibina dengan menggunakan Tabung Permasalahan Rakyat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) dan diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Katanya beliau juga telah memberikan sejumlah sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka dan berdoa agar mereka diberi ketabahan dan kesihatan dalam mendepani dugaan ini.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian,”katanya,
Turut hadir, Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.