
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Dato’ Bakri Sawir, mengiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam majlis penyerahan kepada 61 orang nelayan berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan yang merangkumi bantuan peralatan menangkap ikan, enjin dan sampan fibre.

Harapan kerajaan negeri agar bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan menjadi pembakar semangat untuk meningkatkan hasil dan kualiti tangkapan serta menambah sumber pendapatan keluarga dan bekalan sumber protein rakyat. InshaaAllah..
Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa mengambil tahu hal permasalahan rakyat disetiap lapisan masyarakat dan akan meneruskan program seumpama ini pada masa-masa akan datang.
Facebook : HajiBakriSawir