
Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Datuk Bakri Sawir mengaminkan bacaan doa sebelum penamaan calon, semalam. Foto: Facebook Haji Bakri Sawir
Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar dari Pakatan Harapan ( PH ) diberi tanggungjawab untuk merampas kerusi Parlimen Jelebu yang sejak sekian lama dikuasai Barisan Nasional.
Biarpun berdepan saingan sengit empat penjuru, Zulkefly diharap dapat melakukan satu keajaiban sekaligus mengubah landskap politik di Parlimen Jelebu.
Berdepan dengan calon yang sudah mempunyai nama seperti Datuk Seri Jalaluddin Alias yang pernah dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) dan sepenggal sebagai Ahli Parlimen, Zulkefly perlu merancang strategi yang betul membabitkan kerjasama komponen lain iaitu PKR dan DAP.
Situasi itu bukan mudah namun tidak pula mustahil untuk mencipta kejutan jika semuanya dapat dilunaskan dengan berkesan sepanjang tempoh 14 hari berkempen.
Justeru, jentera parti perlu bersungguh – sungguh dan bekerja keras termasuk turun padang menemui pengundi dilapangan dan mendapatkan pandangan mereka.
Kita percaya dengan sokongan yang diberikan ADUN Klawang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir serta rakan – rakan daripada PKR dan DAP, tidak mustahil Parlimen Jelebu menjadi milik PH.
Foto : Facebook Hj Bakri Sawir