
Sebaik kerajaan Pakatan Harapan ( PH ) mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum Ke -14 pada Mei 2018, Menteri Pengangkutan ketika itu Antony Loke Siew Fook mengumumkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur ( ECRL ) akan melalui Jelebu.
Ramai penduduk yang gembira kerana ia akan mengubah landskap pembangunan di daerah yang sudah lama ketinggalan berbanding daerah lain di Negeri Sembilan.
Jajaran itu bukan sekadar laluan semata – mata sebaliknya sebuah stesen akan turut di bina bagi kemudahan orang ramai dan kebanyakan penduduk tidak sabar menantikan ECRL berkenaan beroperasi di daerah ini.
Namun apakan daya, mimpi indah itu bertukar menjadi mimpi ngeri sebaik Perikatan Nasional ( PN ) gabungan yang dikatakan sehati sejiwa mengambil alih kerajaan disebabkan kerakusan politik.
Jajaran ECRL yang melalui daerah ini turut menjadi mangsa apabila laluan itu kemudian diubah kembali ke laluan asal iaitu daerah Bentong.
Melopong juga akhirnya penduduk daerah ini apabila impian untuk melihat ECRL lalu dan singgah di Jelebu dimusnahkan oleh seorang menteri daripada BN yang dilantik menjadi Menteri Pengangkutan.
Celah mana pembangunan yang dilaung -laungkan sedangkan untuk mempertahankan pembangunan ECRL yang dirancang oleh PH pun gagal atau sememangnya tidak suka segala benda baik dirancang PH diteruskan?
Makanya janganlah berkata , kalau benda baik kita sokonglah. Tak jejak tu!
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445016/penduduk-nantikan-ecrl
Jadi , orang Jelebu, apa yang anda fikirkan ketika ini ?
https://www.mrl.com.my/my/pelaksanaan-ecrl-bawa-limpahan-ekonomi/
Daripada: Pengundi Orang Jelebu.