
Saya berkesempatan meraikan 150 orang mahasiswa yang menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Yayasan Negeri Sembilan (YNS).
Setiap pelajar menerima wang saguhati berjumlah RM5,000.00 manakala seramai 8 orang penerima pinjaman pendidikan YNS dihapuskira pinjamannya.
Secara keseluruhannya RM750,000.00 disalurkan untuk wang saguhati manakala jumlah pinjaman berjumlah sebanyak RM128,400.00 telah dihapuskira oleh YNS.
Anugerah ini bukan sekadar pendorong atau pengiktirafan, bahkan mampu menjadi nadi penggerak dan peneraju dalam membudayakan kecemerlangan dalam kehidupan bermasyarakat.
Mahasiswa adalah tonggak kepimpinan masa hadapan kerana merekalah yang akan mencorakkan dan mewarisi pentadbiran akan datang.Besarlah harapan saya agar para penerima dapat meneruskan kecemerlangan pada masa hadapan, Insya-Allah.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan