
Sebanyak 38 buah Rumah Mampu Milik (RMM) Type A berharga RM80,000.00 di Taman Penaga Mewah, Sikamat telah diundi.
Daripada 1,853 permohonan bagi projek ini, sebanyak 205 orang telah menepati syarat yang ditetapkan serta melepasi tapisan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terpilih untuk memiliki kediaman sendiri.
Untuk makluman, sebanyak 8,449 buah RMM Type A telah lulus kebenaran merancang di seluruh Negeri Sembilan sejak Jun 2018 sehingga Jun 2022.
Manakala jumlah keseluruhan RMM lulus kebenaran merancang di seluruh negeri adalah 27,232 yang meliputi RMM Type A, B dan C.Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited dalam usaha menyediakan perumahan mampu milik buat rakyat Negeri Sembilan melalui pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Sembilan.
Dasar tersebut menetapkan bahawa setiap pemaju projek perumahan diwajibkan membina 50% RMM dengan pecahan seperti berikut:i. 20% RMM Type A (RM80,000.00 kebawah)ii. 15% RMM Type B (RM81,000.00 ke RM250,000.00)iii. 15% RMM Type C (RM251,00.00 ke RM400,000.00)
Semoga dasar ini dapat membantu lebih ramai rakyat Negeri Sembilan memiliki kediaman mereka sendiri, Insya-Allah.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan