
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮3
B𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟭: 𝗝𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘋𝘪𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯: 𝘗𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘛𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘛𝘦𝘳𝘣𝘪𝘢𝘳 (𝘙𝘔1 𝘑𝘶𝘵𝘢) 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘢𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘈𝘨𝘳𝘰 (𝘙𝘔1 𝘑𝘶𝘵𝘢)Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan 2 inisiatif sedia ada di bawah bidang tumpuan Jaminan Bekalan Makanan iaitu Pembangunan Tanah Terbiar dan Tabung Agro dengan peruntukan RM1 juta bagi setiap satu inisiatif.
Inisiatif Pembangunan Tanah Terbiar adalah bantuan input pertanian dan kemudahan infrastruktur dengan nilai maksimum RM15,000.00 seorang secara geran.
Manakala inisiatif Tabung Agro pula menawarkan pinjaman tanpa faedah dengan nilai maksimum RM100,000.00 untuk tujuan pengukuhan modal perniagaan.
Semoga usaha-usaha ini dapat menjamin bekalan makanan khususnya buat penduduk Negeri Sembilan, Insya-Allah.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan