
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟭: 𝗝𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 6: 𝘚𝘦𝘫𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘛𝘢𝘯𝘪 (𝘙𝘔0.55 𝘑𝘶𝘵𝘢) (𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶)
Bagi meluaskan penglibatan golongan belia dalam industri pertanian, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menggabungkan 2 inisiatif terdahulu iaitu Siswazah Tani @ Insist9 dan Petani Muda menjadi satu inisiatif baharu yang dinamakan Sejahtera Tani.
Inisiatif ini akan membolehkan mana-mana belia yang layak dan berminat untuk memperoleh geran bantuan maksimum berjumlah RM10,000.00.
Justeru peruntukan berjumlah RM550,000.00 telah digazetkan dalam Belanjawan 2023 untuk tujuan tersebut.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan