
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri terakhir buat tahun ini.
Terima kasih saya ucapkan buat semua ahli mesyuarat yang hadir bagi membincangkan dan memandu halatuju perancangan dan pembangunan fizikal Negeri Sembilan ke arah pembangunan yang lebih komprehensif dan bersistematik.
Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) kerana telah menerima Penghargaan Pencapaian Terbaik SDG 11 (Sustainable Cities and Communities) semasa Pengumuman Penghargaan Bandar Mampan di Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPB Peringkat Kebangsaan pada 7 hingga 8 November 2022 yang lalu.
Selain penghargaan di peringkat kebangsaan, MDKP turut menerima Anugerah Bandar Mampan Terbaik di peringkat Negeri Sembilan bagi Kategori Majlis Daerah.
Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada Majlis Perbandaran Jempol (MPJl) kerana telah menerima Anugerah Bandar Mampan Terbaik di peringkat Negeri Sembilan bagi Kategori Majlis Perbandaran.
Tidak lupa, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan kerana telah mencapai Kemampanan Bandar dengan purata pencapaian keseluruhan sebanyak 83.58%.
Besarlah harapan saya agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan dapat menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk meningkatkan prestasi demi faedah dan kebaikan bagi kesejahteraan rakyat.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan