
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟮: 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 7: 𝘛𝘜𝘕𝘚 𝘌𝘟𝘛𝘙𝘈 (𝘙𝘔1 𝘑𝘶𝘵𝘢)
Melihat kepada kejayaan 2 program Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan inisiatif baharu iaitu TUNS EXTRA pada tahun 2023.
Inisiatif baharu ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi secara geran padanan (matching-grant) di antara peserta dengan pihak Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) selaku peneraju dengan had maksimum RM30,000.00.
Setiap usahawan yang layak akan dijemput untuk membuat pembentangan idea-idea inovatif dan kreatif. Sehubungan itu, sebanyak RM1.0 juta akan diperuntukkan pada tahun 2023.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan