
Majlis meraikan sambutan sempena Krismas telah diadakan baru-baru ini di Perkarangan Pusat Khidmat DUN Klawang.
Saya ditemani ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaran menyampaikan sumbangan persiapan menyambut Hari Krismas kepada 70 Penganut Kristian dari 2 buah gereja di Klawang & Titi.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan dan menceriakan mereka.
Hadir sama meraikan rakan-rakan kita dari sekitar Klawang dan tidak lupa juga wakil-wakil dari Gereja, Mr Francis Siow (Pengerusi Gereja Khatolik Titi, Jelebu), Father Xavier & Father Philip (Wakil Gereja Khatolik Titi) & Mrs Lee En Hue, Pengerusi Jelebu Methodist Church Kuala Klawang.
Majlis ini berjalan dengan penuh lancar dan boleh dijadikan sebagai bukti bahawa kita mampu hidup dalam perpaduan.
Harapan saya agar kita mendukung Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
Facebook-Haji Bakri Sawir