
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟯: 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 10: 𝘗𝘦𝘯𝘶𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘶𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘢𝘵𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘬𝘯𝘪𝘬𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘝𝘰𝘬𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 (𝘛𝘝𝘌𝘛), 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯
Kerajaan Negeri akan menubuhkan sebuah Majlis Perundingan TVET Negeri Sembilan bertujuan untuk menyelaraskan modul dan kursus yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET di Negeri Sembilan seperti Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan.
Inisiatif ini akan diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Penubuhan Majlis Perundingan TVET Negeri Sembilan akan menambah baik penyelarasan lanskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Sembilan.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh jaringan dan kolaborasi sedia ada dan merapatkan jurang di antara permintaan dan penawaran tenaga kerja, menyediakan graduan yang menepati keperluan industri, meningkatkan kualiti institusi TVET, memperkukuh penawaran program berorientasikan industri dan memperhebat keterlibatan aktif industri.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan