
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟮: 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘋𝘪𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯: 𝘛𝘜𝘕𝘚 (𝘙𝘔3 𝘑𝘶𝘵𝘢) 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘜𝘕𝘚 𝘗𝘓𝘜𝘚 (𝘙𝘔3 𝘑𝘶𝘵𝘢)
Sejak tahun 2019, Kerajaan telah melancarkan inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) iaitu pemberian modal perniagaan secara geran sebanyak RM3,000.00 seorang kepada usahawan-usahawan kecil yang layak.
Sehingga kini, seramai 5,149 usahawan kecil telah mendapat manfaatnya. Melihat kepada sambutan yang amat luar biasa, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi inisiatif ini pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM3.0 juta.
Kerajaan juga bersetuju meneruskan inisiatif TUNS PLUS iaitu skim pinjaman tanpa faedah sehingga had maksimum RM15,000.00 seorang kepada usahawan-usahawan yang berhasrat memperluaskan lagi perniagaan mereka.T
Terkini, jumlah usahawan yang menerima TUNS PLUS adalah seramai 417 orang usahawan dan sebanyak RM3.0 juta lagi akan disediakan pada tahun hadapan.
Facebook- YAB Menteri Besar Negeri Sembilan