
Dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan mencapai kadar kitar semula sebanyak 40% menjelang tahun 2025, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa terbuka dan menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut.
Saya telah melancarkan satu lagi usaha yang melibatkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan SWM environment dalam menubuhkan hab KITARecycle pertama di Negeri Sembilan.
Hab ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk di daerah Seremban khususnya yang ingin menjalankan aktiviti kitar semula melalui Pusat Pandu Lalu KITARecycle.
Untuk makluman, orang ramai yang menginginkan maklumat yang tepat berkaitan pengurusan sisa mampan atau KITARecycle boleh ke Pusat Komunikasi Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) yang terletak di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kadar kitar semula bagi tahun 2022 adalah sebanyak 33.17%. Besarlah harapan saya agar peratusan ini dapat ditingkatkan melalui usaha-usaha yang dilaksanakan Insya-Allah.
Facebook-YAB Menteri Besar Negeri Sembilan