
[PIALA DATIN SERI WAN HASNI]
Empat pasukan bola jaring termasuk pasukan Klawang Kito dari Kempas akan mewakili Jelebu ke peringkat seterusnya.
Harapan saya agar pasukan kita ini beroleh kejayaan di peringkat lebih tinggi lagi.
Saya baru-baru ini merasmikan Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Wan Hasni Peringkat Parlimen Jelebu di Dewan Semai Bakti, Pasoh 2 bersama-sama Zainal Fikri DUN Pertang yang dikelolakan Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan – TABAH.
Daerah Jelebu mendapat khabar baik, iaitu keempat-empat wakil dari DUN Sg Lui, DUN Chennah, DUN Pertang dan tentunya DUN Klawang mendapat bye sekaligus mewakili Parlimen Jelebu.
Kito Hebat!.Dalam ucapan perasmian saya sentiasa ingatkan bahawa sukan juga merupakan satu Ibadah. Peringatan kepada diri saya sendiri dan semua, betulkan niat agar ia dikira sebagai Ibadah, InshaAllah.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..
Facebook-Haji Bakri Sawir