
Orang ramai yang berkelapangan, boleh hadir ke Masjid Bunga Tanjung, Kuala Klawang pada hari Sabtu, 31 Disember ini bagi meraikan sambutan tahun baharu 2023.
Bukan pertunjukkan bunga api, tiada juga persembahan artis sebaliknya program ilmu yang akan memberi manfaat kepada hadirin yang datang dalam program yang dijangka bermula pada jam 7 malam.
Sambutan tahun baharu masihi, di mana kita? Tajuk program ilmu yang akan disampaikan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ustaz Jaafar Muhammad , barangkali akan memberi ilmu berguna kepada kita sebagai panduan kehidupan.
Justeru, manfaatkanlah malam terakhir tahun 2022 disamping kita dapat mengimarahkan masjid dengan kehadiran bersama ahli keluarga. Insya-Allah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir dijangka turut hadir.
Semoga menjadi penyebab untuk kita meneruskan kecemerlangan dalam kehidupan, dunia dan akhirat.
#AmalAgama#PastikanIbadah