
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟱: 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 13: 𝘎𝘦𝘳𝘢𝘯 𝘑𝘗𝘗𝘒𝘖𝘈 (𝘙𝘔0.345 𝘫𝘶𝘵𝘢)
Sejak tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyediakan Geran MPKK sebanyak RM5,000.00 setiap tahun.
Namun begitu, geran ini hanya terhad kepada kampung-kampung tradisional sahaja.
Justeru bagi menzahirkan rasa kebersamaan dan rasa hormat kepada masyarakat Orang Asli, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan Geran Khas Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPPKOA) sebanyak RM5,000.00 kepada 69 buah kampung orang asli yang berdaftar dengan peruntukan berjumlah RM345,000.00.
Semoga dengan pemberian geran ini, dapatlah JPPKOA menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan