
Foto Hiasan
Pendedahan dan penggunaan gajet sudah berleluasa meliputi pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak seawal usia kelahirannya.
Bagi kanak-kanak pula, permainan video juga menjadikan sebilangan mereka begitu ketagihan hingga gagal dikawal sekali gus memberikan kesan terhadapnya.
Pegawai perubatan sebuah hospital, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi 10 bahaya gajet kepada anak menerusi ciapannya di Twitter.
1. Bantut tumbesaran otak
Kajian oleh Universiti of Washington, sebelum kanak-kanak boleh bercakap, otak mereka membesar tiga kali ganda. Banyak proses pembelajaran berlaku sebelum usia lima tahun.
Gajet tidak diperlukan dalam perkembangan otak kanak-kanak dan boleh dilakukan melalui bercakap dengan mereka dan bacakan buku.
2. Gangguan sistem kognitif
America Academy of Pediatrics(AAP), mengatakan tiada rancangan pendidikan untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami program itu.
Rancangan ini boleh mengganggu proses mula bercakap untuk kanak-kanak kerana mengganggu masa ‘berborak’ antara ibu bapa dan anak.
3. Perkembangan fizikal terbantut
Seorang doktor di Harvard, John Ratey menjelaskan dalam bukunya, Spark: The New Revolutionary Science of Exercise and the Brain, bahawa kelebihan bermain walaupun selama 10 minit aktiviti fizikal mampu mengubah cara fungsi otak.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun menghabiskan lebih banyak masa di depan skrin dan bukan bermain di luar rumah.
4. Anak lebih agresif
Sesetengah permainan yang terdapat di internet menggambarkan seks, pembunuhan, penyeksaan dan kecacatan yang boleh membuat kanak-kanak ganas dan agresif.
5. Sukar tidur
Skrin telefon mengeluarkan blue light yang mengganggu pengeluaran hormon melatonin, iaitu hormon mengawal tidur dan bangun kita.
Seharusnya sejam sebelum masa tidur, jauhkan anak-anak dari apa-apa gajet untuk mendapat tidur yang kualiti.
6. Obesiti
Terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam dan menyebabkan anak kurang bergerak. Jika berterusan, risiko obesiti akan meningkat.
7. Kurang bersosial
Terlalu fokus dengan gajet hingga tidak hiraukan keadaan sekeliling. Tak hiraukan siapa yang datang dan tak dengar siapa yang tegur.
8. Risiko barah otak
Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai “Kemungkinan Karsinogenik Terhadap Manusia” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Lebih teruk, kanak-kanak menyerap lebih 60 peratus radiasi ke dalam otak disebabkan kulit otak, tisu-tisu dan tulang yang lebih nipis.
9. Gangguan psikologi
Kanak-kanak yang menghabiskan lebih daripada 32 jam di depan skrin atau media lain lebih cenderung mengalami masalah psikologi.
Ini termasuk kemurungan kanak-kanak, kecemasan, defisit perhatian dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.
10. Rosak penglihatan
Kesan penggunaan gajet ke atas mata anak seperti penglihatan kabur, rabun jauh, mata kering dan rosak saraf mata disebabkan sinar ultra violet (UV).
Sumber-BH