
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟱: 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 12: 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘦𝘥𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘓𝘰𝘵 𝘛𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘍𝘌𝘓𝘋𝘈 (𝘙𝘔0.35 𝘑𝘶𝘵𝘢)
Inisiatif baharu ini dilaksanakan melalui kaedah penyediaan lot-lot tanah untuk tapak rumah bagi generasi kedua dan ketiga FELDA.
Inisiatif ini akan dilaksanakan di atas tanah milik Kerajaan Negeri yang sepatutnya diserahkan oleh FELDA sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.
Sebagai permulaan, penyediaan lot tanah ini akan melibatkan seluas 80 ekar iaitu 50 ekar tanah dalam kawasan FELDA di daerah Jempol dan 30 ekar tanah lagi dalam kawasan FELDA di daerah Tampin.
Tanah-tanah yang dikenalpasti akan dipecahkan kepada lot-lot kediaman bersaiz 4,000 kaki persegi untuk diberikan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA yang layak bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk memiliki kediaman sendiri dalam gugusan FELDA sedia ada.
Alhamdulillah pada 6 Oktober 2022 yang lalu saya telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman FELDA Generasi Kedua di FELDA Palong 12.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 bagi kerja-kerja awal penyediaan lot-lot tanah generasi kedua FELDA pada tahun 2023.
Insya-Allah, semoga usaha ini berjalan lancar dan generasi kedua FELDA bakal memiliki lot tanah kediaman sendiri.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan