
Saya menerima aduan daripada masyarakat setempat terutamanya penduduk Blok 6 Fasa 3 Felda Titi, tentang lalat yang berpunca dari ladang ternakan ayam yang berdekatan.
Sebagai wakil rakyat dan atas kapasiti saya sebagai EXCO Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Kerajaan NS, saya tidak akan sesekali berkompromi terutamanya tentang kebajikan masyarakat.
Oleh itu, saya bersama-sama wakil penduduk, En. Nasir (Ketua Peneroka), En. Zuhairi (Pengurus FELDA TITI), En. Munir (Ketua Blok 6) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan menerjah ke ladang penternakan tersebut.
Saya meminta penjelasan serta memberitahu secara tegas kepada pengusaha tersebut tentang masalah lalat.
Alhamdulillah, beliau berjanji akan mengutamakan kebersihan dalam ladang dan persekitaran kampung yang terjejas, serta melancarkan beberapa siri pembersihan berkala.
Harapan saya agar kita dapat ‘win/win situation’ ataupun situasi menang/menang antara semua pihak. InSha’Allah.
Facebook Haji Bakri Sawir