
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟱: 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘋𝘪𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯
Pemerkasaan komuniti merupakan bidang tumpuan yang terus diberi perhatian seperti tahun-tahun sebelumnya dalam memastikan komuniti rakyat berada dalam persekitaran yang harmoni.
Usaha ini terbukti apabila Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai negeri paling bahagia dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia yang dikeluarkan oleh PLANMalaysia pada 4 April 2022 yang lalu.
Justeru bagi meneruskan usaha pemerkasaan komuniti, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan sebanyak 11 inisiatif sedia ada iaitu:
i. Program Rumah Harapan Rakyat (RM10 juta)
ii. Penyelenggaraan Perumahan Awam (RM4 juta)
iii. Penyelenggaraan Perumahan Swasta (RM 1 juta)
iv. Geran Kepada JMB/MC (0.91 juta)
v. Perkhidmatan Bas Percuma (RM0.8 juta)
vi. Perkhidmatan Bas Luar Bandar (RM1 juta)
vii. Desa Muafakat NS (RM1 juta)
viii. Geran Aktiviti MPKK (RM2.17 juta)
ix. Geran Aktiviti Belia MPKK (RM1.3 juta)
x. Wi-Fi Percuma Komuniti (RM0.30 juta
xi. ERAT@NS (RM1 juta)
Semoga dengan usaha ini Negeri Sembilan akan terus makmur dan seterusnya memberi manfaat yang berpanjangan buat rakyat negeri ini, Insya-Allah.