
𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛
𝟮𝟬𝟭𝟵-𝟮𝟬𝟮𝟮
𝘗𝘳𝘦𝘴𝘵𝘢𝘴𝘪 𝘉𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘳𝘬𝘢𝘯𝘶𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪
Kerajaan Negeri komited untuk memperkasakan kesemua Badan-badan Berkanun Negeri dan anak-anak syarikat di bawahnya.
Pelbagai program Business Process Re-engineering telah dilakukan seperti pelaburan strategik, penstrukturan korporat, penyusunan semula anak-anak syarikat, projek usahasama, penerokaan hasil-hasil baharu dan tadbir urus yang baik.
Usaha-usaha ini telah berjaya mentransformasikan sebahagian besar Badan-badan Berkanun Negeri.
Antara yang berjaya diperkasa adalah:
i. Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah mencatatkan keuntungan RM10.87 juta pada tahun 2021 berbanding RM2.34 juta pada tahun 2018.
ii. Negeri Roadstone Sdn Bhd (NRSB) merekodkan keuntungan RM8.92 juta pada tahun 2021 berbanding RM1.19 juta pada tahun 2018
iii. Yayasan Negeri Sembilan pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM13.71 juta pada tahun 2021 berbanding RM2.52 juta pada tahun 2018
iii (a).Kumpulan Akademi YNS juga berjaya mengurangkan kerugian dengan hanya RM264,000.00 pada 2021 berbanding kerugian RM816,000.00 pada tahun 2018.
iii (b). YNS Event Management (YNSEM) mencatatkan keuntungan sebanyak RM198,000.00 pada tahun 2021 berbanding kerugian RM30,000.00 pada tahun 2018.
iv. Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dengan keuntungan sebanyak RM3.29 juta pada tahun 2021 berbanding RM27,000.00 pada tahun 2018. Peningkatan keuntungan Badan Berkanun Negeri dan anak syarikat ini turut memberikan pulangan dalam bentuk hasil kepada Kerajaan Negeri apabila Badan Berkanun Negeri dan anak syarikat sudah mula menjelaskan bayaran tunggakan hutang-hutang kepada Kerajaan Negeri.
Hasil ini sudah pastinya dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti inisiatif dan pembangunan infrastruktur.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan