
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟲: 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 15: 𝘔𝘦𝘯𝘢𝘪𝘬𝘵𝘢𝘳𝘢𝘧 𝘚𝘵𝘢𝘥𝘪𝘶𝘮 𝘛𝘶𝘢𝘯𝘬𝘶 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘙𝘢𝘩𝘮𝘢𝘯, 𝘗𝘢𝘳𝘰𝘪 (𝘙𝘔1.2 𝘫𝘶𝘵𝘢)
Kerajaan Negeri merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah berjaya menduduki tangga ke-empat dalam carta Bola Sepak Liga Super tahun 2022.
Kejayaan cemerlang yang dipamerkan oleh anak-anak muda ini, membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil dan sukar untuk dicapai sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan inisiatif baharu 15 iaitu Menaiktaraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang akan dilaksanakan secara kerjasama antara Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan MBI.
Sebanyak RM1.2 juta akan diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf tersebut.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan