
Daulat Tuanku.
Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan serta sekalian rakyat Negeri Sembilan, patik mempersembah setinggi-tinggi junjungan kasih serta ikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Tuanku Yang Ke-75 yang penuh barakah ini.
Sekalian rakyat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana bersemayamnya Ke Bawah Duli Tuanku di atas takhta Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dipanjatkan doa ke hadrat Ilahi, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan maghfirah Allah Subhanahuwataala.
Amin, amin ya Rabbal ‘Alamin.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan