
[APA WARNA MASA DEPAN NEGARA]
Saya telah merasmikan Majlis Graduasi SMA Dato’ Klana Petra Maamor , selepas menunaikan Solat Fardhu Jumaat bersama Perdana Menteri di Seremban..
Kita memerlukan tenaga muda yang berkualiti untuk mewarnai masa depan negara, tetapi mestilah berterapkan Kitaballah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ.
Dalam ucapan perasmian, saya menyatakan sokongan pada pendekatan sekolah dalam pembangunan aspek akademik dan sahsiah.
Ia boleh dicapai dengan menggalakkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, akademik dan penyertaan pelbagai pertandingan..
Saya amat terharu dengan kehadiran ibu bapa & penjaga yang hadir ke Majlis Graduasi ini bagi meraikan anak-anak kita ini..
Facebook Haji Bakri Sawir
