
Dalam usaha menyelaras kerjasama antara agensi dalam situasi bencana, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil langkah menubuhkan Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM).
NeSCOM merupakan satu pusat kawalan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Jabatan Mineral dan Galian (JMG) serta lain-lain yang terlibat dengan Jawatankuasa Bencana.
Pusat kawalan ini menerima maklumat secara langsung daripada pelbagai stesen dan pusat pengumpulan data dan ini membolehkan keputusan melibatkan logistik serta anggota dilakukan dengan pantas yang seterusnya mempercepatkan tindakan dalam situasi bencana.
Untuk makluman, NeSCOM beroperasi 12 jam sehari sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
Sekiranya ada keperluan, tempoh operasi akan dilanjutkan kepada 24 jam sehari.Semoga dengan penubuhan NeSCOM, tindakan pantas dapat diambil dan seterusnya dapat meminimumkan kesan akibat bencana, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan