
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟳: 𝗞𝗲𝗿𝗼𝗵𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 17: 𝘗𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 𝘒𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘬𝘴 𝘗𝘦𝘫𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘈𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 (𝘗𝘈𝘐𝘋) 𝘗𝘰𝘳𝘵 𝘋𝘪𝘤𝘬𝘴𝘰𝘯 (𝘙𝘔6 𝘫𝘶𝘵𝘢)
Bagi meneruskan usaha memartabatkan institusi pentadbiran Islam, Kerajaan Negeri telah mengumumkan satu lagi inisiatif baharu iaitu Pembinaan Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Port Dickson dengan kos sebanyak RM6 juta.
Lokasi pembinaan adalah di atas tanah rizab JHEAINS berkeluasan 5 ekar di Jalan Pantai Batu 2, Port Dickson.
Peruntukan awalan akan disediakan pada tahun ini bagi kerja-kerja rekabentuk konsep dan penyediaan tender.
Adalah diharapkan dengan pembinaan kompleks pentadbiran PAID baharu ini, akan dapat menyemarakkan lagi semangat kakitangan JHEAINS dalam menyebarkan dakwah di negeri ini di samping memberikan keselesaan kepada pelanggan dalam berurusan, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan