
Hasil urus tadbir baik serta usaha penjawat awam, Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mengutip hasil berjumah RM521.15 juta sehingga 30 Disember 2022 ataupun 120.64% daripada sasaran RM432 juta bagi tahun 2022.
Lebihan kutipan ini bermakna Belanjawan 2022 yang dibentangkan sebagai belanjawan defisit kini berjaya diubah menjadi belanjawan surplus atau lebihan.
Tahniah saya ucapkan kepada semua penjawat awam yang memainkan peranan dalam memastikan kutipan hasil Negeri Sembilan terus tinggi.
Signifikannya, kutipan ini bakal memanfaatkan rakyat Negeri Sembilan secara terus kerana lebihan belanjawan ini akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan inisiatif.
Semoga prestasi kewangan Kerajaan Negeri Sembilan terus cemerlang dan seterusnya membolehkan pelbagai usaha dilakukan untuk membantu rakyat, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan