
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝟳: 𝗞𝗲𝗿𝗼𝗵𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮
𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 19: 𝘐𝘯𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘧 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘪 𝘒𝘶𝘣𝘶𝘳 (𝘙𝘔0.9 𝘫𝘶𝘵𝘢)
Penggali kubur adalah insan terakhir yang berjasa kepada kita tanpa mengira darjat dan kedudukan.
Mereka memerah kudrat bagi menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah untuk menggali kubur apabila berlakunya kematian.
Sebagai tanda kasih sayang dan menghargai jasa para penggali kubur, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan satu lagi inisiatif baharu iaitu Bayaran Insentif Penggali Kubur dengan bayaran RM1,000.00 secara one-off pada tahun ini.
Sebanyak RM0.9 juta diperuntukkan bagi inisiatif ini.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan