
Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat masjid diurus dan diimarahkan dengan telus dan sistematik.
Maka, kerajaan negeri menyasarkan 100 buah masjid menjadi pusat pembangunan ummah menjelang tahun 2024.
Selaras dengan itu, JHEAINS telah menerbitkan Pelan Peningkatan Jemaah Masjid Negeri Sembilan (JEMAAH) bagi tempoh 2 tahun (2023-2024) dengan tujuan untuk meningkatkan jumlah bilangan Jemaah di masjid-masjid dengan memfokuskan empat (4) inisiatif strategik, iaitu :
i. Mempromosikan kempen ke Masjid
ii. Melaksanakan program pengimarahan yang menarik
iii. Meningkatkan tadbir urus yang cekap dan sistematik
iv. Menjadikan masjid sebagai Ummah Stop Centre (USC)
Saya telah menyampaikan hasrat tersebut kepada para pengerusi masjid yang baru dilantik dalam Majlis Penyerahan Watikah Jawatankuasa Qaryah Masjid bagi sesi 2023-2024 petang tadi.
Besarlah harapan saya agar JEMAAH dapat mengimarahkan masjid di samping memperkasa masjid sebagai tempat perjumpaan, tempat interaksi sosial, tempat untuk menyatukan dan merapatkan hubungan silaturahim sesama ummah, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan