
Setiap bangsa dalam negara mempunyai seni turun temurun yang harus dipertahan serta diperkasa.
Salah satunya adalah seni kaligrafi cina.
Justeru itu, saya telah merasmikan Pertandingan Tulisan Kaligrafi Cina Sempena Tahun Baru Cina Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban.
Turut bersama dalam majlis tersebut adalah YB Anthony Loke menteri pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban.
Semua rakyat harus bertanggungjawab mengekalkan perpaduan dan saling hormat menghormati tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik untuk memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Ini semua boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
Dalam majlis yang sama saya turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM300,000.00 kepada pihak sekolah.
Ini adalah dana di bawah inisiatif Bantuan Sekolah Tahfiz/SJKC/SJKT/Swasta bagi membantu sekolah-sekolah tersebut.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak sekolah terutamanya dalam melaksanakan aktiviti pembangunan pelajar.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan