
Parti-parti yang menjadi tiang utuh kesatuan Kerajaan Perpaduan telah bersama dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan buat kali pertama di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).
Mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, sementara dua jawatankuasa lagi adalah Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik ini juga akan memberi keutamaan dalam memantau kebijakan terutamanya melibatkan kos sara hidup rakyat yang meninggi.
Saya turut mengumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusoff sebagai Setiausaha Agung Sekretariat, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Ketua Sekretariat manakala ketua-ketua parti di bawah Kerajaan Perpaduan sebagai Timbalan Pengerusi Sekretariat.
Sekretariat ini juga akan memberi pandangan mengenai kebijakan Kerajaan Perpaduan dan memastikan semua pandangan diambilkira sebelum merumuskan apa-apa dasar yang ingin diperkenal dan dilaksanakan.
Facebook Anwar Ibrahim