
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak MAINS di atas inisiatif keprihatinan bantuan zakat Prihatin Ekonomi dan Keperluan Asas Asnaf (P.E.K.A) bagi institusi pendidikan dan kebajikan yang berjumlah keseluruhannya RM8,505,500.00.
Dana berjumlah RM4,220,000.00 telah disalurkan kepada pihak sekolah kerajaan dan swasta yang terpilih di seluruh Negeri Sembilan.
MAINS turut menyumbang sejumlah RM240,000.00 kepada Pusat Jagaan dan Latihan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Manakala bantuan khas sebanyak RM845,500.00 disalurkan untuk meringankan beban kewangan guru-guru KAFA JHEAINS dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
Turut menerima sumbangan berjumlah RM1,180,000.00, Penuntut Institut Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara serta Asnaf Fakir dan Miskin MAINS yang menerima sumbangan bantuan khas berjumlah RM2,020,000.00.Program P.E.K.A ini amat baik sekali kerana ia telah mengangkat manfaat sumber zakat dalam menangani masalah kemiskinan, memperbaiki keadaan ekonomi serta menjadi kaedah dakwah yang berkesan.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan